Sunday, November 22, 2009

WARKAH SK LALOH


Salam muhibah...salam kebahagian...salam kecerian...salam makhluk-makhluk Allah...Bertemu kita kembali di arena blogging,dimana kita dapat luahkan dan terjemahkan segala perasaan dan cerita kita dalam ruang ini.Syukur kita ke hadrat Ilahi,Tuhan pencipta sekalian alam kerana telah menjadikan masa untuk kita.
"Masa itu emas"...Erm???masa=emas?? Tak sama-tak sama...masa tetap masa..emas tetap emas...lagipun masa tidak dapat dibeli dengan emas...tp,emas kita dapat perolehi jika kita punyai masa.Justeru,sayangi masa lebih daripada emas,hargai masa lebih daripada emas,dan sedekahkanlah emas,jika ada,selagi kita punyai masa.
Wah!!!Panjang pulak mukadimah kali ni.Sebenarnya,kedatangan hamba kesini adalah untuk meluahkan isi hati serta menceritakan sedikit cerita yang sepatutnya dikongsi.Coretan ini juga hamba tujukan khas untuk warga SK Laloh,tak kira jaga,abg kantin k,Guru Besar or Guru Kecik k,murid-murid mahupun cikgu-cikgu.First,terima kasih kerana sanggup meluangkan sedikit masa untuk meninjau blog hamba yang tak seberapa sedap ni kerana sememangnya ia tak dapat dimakan..huhuk2...
Tapi,apa yang hamba nak ceritakan sebenarnya???Erm???OK2..Kita redah jer,kata Stacy...Disini,saya(tukar kata ganti nama dari hamba kepada saya k) ingin
mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga abang saya,abang long,abang ngah,dan abang chik.Sape tu??Abang long adalah cikgu Yusof yang gayanya seperti seorang
romeo,abang ngah ialah cikgu Zulakman yang saya cukup bangga terhadap kesetiaannya terhadap kekasihnya,iaitu isterinya,dan abang chik ialah cikgu Zamri yang cekal
usahanya,sanggup berulang alik dari Laloh ke Pasir Puteh demi keluarganya yang tercinta.Tapi,abg-abg saya nie sebenarnya dah boleh dianggap sebagai ayah pun,
tapi kitaorang dah diberi gelaran sebegini semasa kat SK Laloh ni.Korang nak tau x ape lak gelaran saya???Tentulah adik...adik bongsu...huhuk2...Dah dapat bina keluarga lak kat sk Laloh nie.Tp,kita orang ada saudara"worih"...huhuk2...Worih kitaorang nie pulak seorang yg rajin,tekun,dan pandai segala-galanya bila cakap tentang komputer,sebab tu lar dia digelar JURUTERA komputer.Di ruangan ini juga,saya ingin sekali lagi ucapkan terima kasih kepada cikgu Yusof kerana telah
memberikan saya ilham untuk menjadi businessman.Sekarang saya sedang mempromosikan satu laman web yang dinamakan ADS4BUCKS.COM..Untuk abe ngah pulak(cikgu zulakman),smemangnya saya bangga dengan cikgu.Tak pernah bercerita tentang masalah ekonomi.Duit sentiasa ada,barang selalu beli,belanja orang pun sentiasa,tp tak pernah pun merungut pasal masalah duit cam,"duit habis","takde duit" atau pape jer.Mungkin Allah membuka pintu rezeki cikgu kerana sntiasa bersedekah.Saya juga bangga dengan cikgu apabila melihat hubungan cikgu terhadap keluarga terutama terhadap ibu dan juga isteri.Susah sekarang nak cari suami yang sentiasa menghabiskan kredit untuk menelefon isterinya setiap masa,bercakap tentang usul-usul kecil,dan mendengar setiap luahan isteri.Tahniah dan syabas cikgu.Moga-muga Allah sentiasa memayungi keluarga
cikgu dengan payung kebahagiaan dan keceriaan.Untuk abe chik pulak,syabas juga diucapkan kerana sanggup berulang alik dari Laloh ke rumah semata-mata untuk
memastikan keluarga dalam keadaan selamat.Semoga Allah juga memberkati perjuangan dan pengorbanan cikgu.
Utk adik-adik cikgu yang cikgu sayangi sekalian,wajah-wajah ceria dan riang adik-adik tak mungkin mudah lenyap dek fikiran cikgu.Dari darjah satu hingga
darjah enam,tak kira lelaki mahupun perempuan,yang hensem-hensem belaka,yang comel-comel belaka.Terima kasih kerana menerima cikgu sebagai pendidik.Terima kasih
kerana adik-adik pernah menyayangi dan menghormati cikgu.Terima kasih juga kerana adik-adik tahu untuk menghargai jasa cikgu.Takkan cikgu lupakan air mata
adik-adik yang pernah adik-adik alirkan untuk cikgu pabila cikgu disana.Hati ini tak pernah perit dan menyesal kerana pernah berpijak di bumi SK LALOH.
Berjumpa,bertemu,berbual,bermesra,dan bermain dengan adik-adik adalah kenangan yang paling indah bagi cikgu sepanjang hayat cikgu."Cerita tentang masa lalu,cerita tentang kau dan aku,kini tinggal hanya kenangan,kau ada,di dalam hatiku".Disini,cikgu doakan kejayaan dan kecemerlangan adik-adik.Jadilah insan yang disayangi setiap
makhluk Allah,sentiasalah berfikiran positif,tanamkan impian yang tinggi menggunung,dan kejarlah cita-cita dengan hati yang cekal.
Sekali lagi,selamat tinggal SK LALOH,selamat tinggal adik-adik cikgu buat kedua kalinya..."We had joy,we had fun,we had season in the sun"...

2 comments:

  1. wah encik faris. sungguh syg eh kat SK laloh ni. ehehe

    ReplyDelete
  2. huhuk2...sudah mesti...menyanyangi insan-insan yang menyanyangi kita adalah lbih baik dari kita memikirkan kebencian dan kehinaan.

    ReplyDelete