Tuesday, November 17, 2009

-------SK LALOH------










Sape tau sk laloh kat ne?? Erm?? Utk pengetahuan korang,sk laloh terletak di sebuah kampung yg digelar Kampong Laloh,di bandar Kuala Krai,tempat tumpah air mataku ketika kecil,huhuk...dan di Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Utk pengetahuan dan makluman korang,aku bukan pe nk ckap dan citer sal sekolah nie,tp aku tertarik dengan persekitaran dan budak2 serta cikgu2 sekolah nie.Korang tau aku buat pe kat sekolah nie....jd cikgu ganti tau...ganti jer lar..pandai x...ko tau utk sbjek pe??subjek BI bro...wlaupun aku dapat BI lvel 6,"C" jer..huhuk2..rezeki Allah katakan..ssiapapun berhak menerima walaupun x meminta mahupun meminta kerana Allah Maha Pemurah..tu lar korang,Allah Maha Pemurah,tp nape makhluknya pula yang bakhil..tahi hidung masin...opsss...tp aku x pernah test lar tahi hidung diaorang..wuuuerkkk...
Kat sini,aku mengajar dua kali da tau...1st skli slama 3 bulan...and 2nd,slama 3 mggu..nombor ganjil tau,Allah pun suka nombor ganjil.Betul x??Citer sal nombor 3 nie..aku teringat masa Hari Guru kat sini,1st time jd guru,1st diraikan sbg guru smsa Hari Guru..X disangka,hadiah yang aku dapat semasa Hari Guru pun 3 beg plastik besar..sebesar plastik sampah yang hitam yang paling besar.Tp,bila aku mmbaca,surat2 dan kad2 daripada anak murid aku,tertitis gak air mata aku krn aku dapat rasakan betapa sygnya dia org kat aku. Herm...aku pukul,aku tendang,aku cubit,aku rotan...langsung xde parut kat hati dia org...tp tntang or pukul pun,cm pukul semut pun x mati lau x kena. Huhuk2.
Budak2 katakan,ada gak seorang peljar nie,tahun empat bagi hadiah kat aku smpai tiga kali..3 pulak..mmang aku kat sekolah nie asyik dapat 3 jer...tp yang peliknya lak...yang nie llaki..semua yang rapat dgn aku kat sekolah nie lelaki jer..yang menangis paling bnyak bila aku nk tggalkan sekolah nie pun lelaki. Sampai ada yang demam krn menangis...aduh!!!aku pun terharu sngat2...Bukan pe,diaorg nie perlukan kasih syg,kasih syg yang biasa tp x biasa dilakukan,dan bila dilakukan,menjadi luar biasa.Dia org mgkin x pernah menerima belaian seperti pelukan,sentuhan kasih syg,dan juga rasa simpati yg luar biasa drpd insan yang sblum nie.Tp aku dah laksanakan.So,hasilnya luar biasa. Tp,skli lg aku nk tekankan,kebanyakkan yang rapat dgn aku adalah lelaki k..yang aku peluk dan bg sntuhan kasih syg pun lelaki. Klau prempuan,siap aku nnti. Difitnah,timbul skandal,kontroversi,dan xpun...masuk TV or surat khabar..xnak aku...jatuh maruah aku.
Aku rase kat sini dulu lar cerita aku sbg guru SK LALOH,nnti aku smbung k. Banyak lg citer nie,tp aku malas,malas nk menaip. Kalaulah komputer nie direka dgn luar biasa,dimana aku dapat luahkan ape yang aku nk katakan dengan lisan,tapi tertaip di komputer dengan huruf...ok lar..aku cau dulu.."Sayangilah org yang menyayangi kita,kasihanilah org yang mmbenci kita".Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment