Saturday, December 26, 2009

SAHABAT!!!



Assalamualaikum...
Salam muhibah,salam untuk sahabat-sahabat seperjuangan.Kembali kita sekali lagi di ruangan yang penuh dengan coretan hati.Namun hari ini,masa ini,bulan ini,dan saat ini,saya ingin mengambil hati anda semua untuk meneroka tentang SAHABAT!!!Apa yang anda tahu tentang sahabat?Apakah sahabat hanyalah sekadar untuk berkawan?Adakah anda punyai teman sejati?
Tentu ramai yang idamkan persahabatan yang penuh bermakna dan kebahagian.Namun tak semua yang dapat kita kecapi,kerana apa yang kita impikan tidak semua akan termakbul kerana itu adalah milik Allah,yang mencipta segala-galanya.Namun,betapa indahnya jika bersahabat dengan penuh riang-ria,betapa indahnya persahabatan jika disemai dengan perasaan kasih sayang,betapa indahnya persahabatan jika kecerian menemani hidup-hidup kita.Malangnya,memang sudah menjadi hakikat dunia,manusia akan sanggup memutuskan tali persahabatan apabila dirinya dirasuk syaitan.Walaupun pernah bersahabat dengan seikhlas mungkin sebelum hatinya mula dibisik syaitan,namun persahabatan mula renggang apabila mereka mendapati sahabatnya itu mula mengecap kejayaan dan kecemerlangan.
Kekadang saya tertanya kepada diri saya sendiri,"adakah mereka tidak boleh melihat kegemilangan sahabatnya?","pernahkah mereka terfikir yang kejayaan yang diperoleh sahabatnya adalah juga kejayaan dirinya?".Kalaulah saya,saya amat bangga jika kawan yang saya sayangi mencapai kecemerlangan walaupun saya tidak lagi diberi peluang untuk kecapinya.Namun,saya akan berusaha untuk menyainginya dengan penuh dengan pemikiran positif dan terbuka.Tidakkah bodoh seseorang teman jika dia menikam dan menjatuhkan sahabatnya disaat temannya berjalan ke arah kegemilangan bersamanya?
Saya juga telah berjumpa dengan sebilangan insan yang bersahabat semata-mata untuk mengambil peluang terhadap sahabatnya.Ciri-ciri insan malang ini adalah;apabila sahabatnya dalam kesenangan,dia akan menghampirinya dengan tanpa ada halangan atau sebarang benteng;jika sahabatnya meminta sokongan atau dorongan untuk berjaya,pelbagai masalah dan alasan yang akan timbul;jika sahabatnya telah berjaya dan berada di hadapan,dia akan mula mendekati sahabatnya dengan cara bermuka-muka,menunjukkan reaksi positif didepan mata,tapi,busuk di dalam hati.Nasihat saya kepada insan-insan malang ini,persahabatan bukan mudah untuk dibina,tapi sememangnya mudah untuk dihancurkan.Hidup kita juga umpama roda,sekali kita di atas,sekali kita dibawah,jangan mengharapkan kesempurnaan akan sentiasa mengiringi kita,tapi,bersikaplah dengan positif.Sekali kita membenci seseorang,mungkin 10 kali lagi orang lain membenci diri kita,sekali kita menyanyangi seseorang,mungkin lebih 10 kali orang sekeliling kita akan menyanyangi kita.Jangan takut untuk berkorban demi sahabat.Jangan takut bila bersama sahabat-sahabat yang akan berjaya kerana nescaya hati mereka bersih,dan mereka sememangnya insan yang mulia yang dipilih Allah.Jangan terlalu bersikap negatif dalam bersahabat kerana ia adalah kanser yang amat merbahaya dalam setiap perhubungan.

Walaubagaimanapun,saya telah merasa persahabatan yang cukup erat,cukup mesra,cukup indah di saat usia saya 14 dan 15 tahun,iaitu semasa form 2 dan form 3. Disaat inilah saya rasa diri saya dihargai.Disini jugalah saya rasa yang saya bangun serta berjalan untuk berjaya bersama-sama sahabat saya.Tiada tikaman belakang,tiada usaha untuk menjatuhkan kecemerlangan mana-mana pihak.Apa yang lebih mencuit hati saya adalah bila saya tak berdaya untuk berjalan,mereka terus memberi dorongan dan semangat.Tidak ada sedikit pun perasaan benci dalam diri mereka.Wah!!!Indahnya persahabatan.Ingin saya berundur ke saat ini,namun sudah menjadi sunnatullah yang masa tak akan berundur.saya tetap perlu meneruskan masa-masa saya bersama karenah sahabat-sahabat baru.Tapi,kepada sahabat-sahabat saya semasa form2 dan form 3,saya tetap SAYANGKAN kalian dan setiap memori indah kita bersama,masih bermain di benak fikiran dan hati saya.Walau usia kita sudah meningkat,walau tempat kita lain-lain,walau kita punyai kawan baru,kita tetap KAWAN!!!Disini juga saya ingin meluahkan penghargaan saya kepada sahabat-sahabat baik saya;Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang telah dan masih menyanyangi diri ini...

Sunday, November 22, 2009

WARKAH SK LALOH


Salam muhibah...salam kebahagian...salam kecerian...salam makhluk-makhluk Allah...Bertemu kita kembali di arena blogging,dimana kita dapat luahkan dan terjemahkan segala perasaan dan cerita kita dalam ruang ini.Syukur kita ke hadrat Ilahi,Tuhan pencipta sekalian alam kerana telah menjadikan masa untuk kita.
"Masa itu emas"...Erm???masa=emas?? Tak sama-tak sama...masa tetap masa..emas tetap emas...lagipun masa tidak dapat dibeli dengan emas...tp,emas kita dapat perolehi jika kita punyai masa.Justeru,sayangi masa lebih daripada emas,hargai masa lebih daripada emas,dan sedekahkanlah emas,jika ada,selagi kita punyai masa.
Wah!!!Panjang pulak mukadimah kali ni.Sebenarnya,kedatangan hamba kesini adalah untuk meluahkan isi hati serta menceritakan sedikit cerita yang sepatutnya dikongsi.Coretan ini juga hamba tujukan khas untuk warga SK Laloh,tak kira jaga,abg kantin k,Guru Besar or Guru Kecik k,murid-murid mahupun cikgu-cikgu.First,terima kasih kerana sanggup meluangkan sedikit masa untuk meninjau blog hamba yang tak seberapa sedap ni kerana sememangnya ia tak dapat dimakan..huhuk2...
Tapi,apa yang hamba nak ceritakan sebenarnya???Erm???OK2..Kita redah jer,kata Stacy...Disini,saya(tukar kata ganti nama dari hamba kepada saya k) ingin
mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga abang saya,abang long,abang ngah,dan abang chik.Sape tu??Abang long adalah cikgu Yusof yang gayanya seperti seorang
romeo,abang ngah ialah cikgu Zulakman yang saya cukup bangga terhadap kesetiaannya terhadap kekasihnya,iaitu isterinya,dan abang chik ialah cikgu Zamri yang cekal
usahanya,sanggup berulang alik dari Laloh ke Pasir Puteh demi keluarganya yang tercinta.Tapi,abg-abg saya nie sebenarnya dah boleh dianggap sebagai ayah pun,
tapi kitaorang dah diberi gelaran sebegini semasa kat SK Laloh ni.Korang nak tau x ape lak gelaran saya???Tentulah adik...adik bongsu...huhuk2...Dah dapat bina keluarga lak kat sk Laloh nie.Tp,kita orang ada saudara"worih"...huhuk2...Worih kitaorang nie pulak seorang yg rajin,tekun,dan pandai segala-galanya bila cakap tentang komputer,sebab tu lar dia digelar JURUTERA komputer.Di ruangan ini juga,saya ingin sekali lagi ucapkan terima kasih kepada cikgu Yusof kerana telah
memberikan saya ilham untuk menjadi businessman.Sekarang saya sedang mempromosikan satu laman web yang dinamakan ADS4BUCKS.COM..Untuk abe ngah pulak(cikgu zulakman),smemangnya saya bangga dengan cikgu.Tak pernah bercerita tentang masalah ekonomi.Duit sentiasa ada,barang selalu beli,belanja orang pun sentiasa,tp tak pernah pun merungut pasal masalah duit cam,"duit habis","takde duit" atau pape jer.Mungkin Allah membuka pintu rezeki cikgu kerana sntiasa bersedekah.Saya juga bangga dengan cikgu apabila melihat hubungan cikgu terhadap keluarga terutama terhadap ibu dan juga isteri.Susah sekarang nak cari suami yang sentiasa menghabiskan kredit untuk menelefon isterinya setiap masa,bercakap tentang usul-usul kecil,dan mendengar setiap luahan isteri.Tahniah dan syabas cikgu.Moga-muga Allah sentiasa memayungi keluarga
cikgu dengan payung kebahagiaan dan keceriaan.Untuk abe chik pulak,syabas juga diucapkan kerana sanggup berulang alik dari Laloh ke rumah semata-mata untuk
memastikan keluarga dalam keadaan selamat.Semoga Allah juga memberkati perjuangan dan pengorbanan cikgu.
Utk adik-adik cikgu yang cikgu sayangi sekalian,wajah-wajah ceria dan riang adik-adik tak mungkin mudah lenyap dek fikiran cikgu.Dari darjah satu hingga
darjah enam,tak kira lelaki mahupun perempuan,yang hensem-hensem belaka,yang comel-comel belaka.Terima kasih kerana menerima cikgu sebagai pendidik.Terima kasih
kerana adik-adik pernah menyayangi dan menghormati cikgu.Terima kasih juga kerana adik-adik tahu untuk menghargai jasa cikgu.Takkan cikgu lupakan air mata
adik-adik yang pernah adik-adik alirkan untuk cikgu pabila cikgu disana.Hati ini tak pernah perit dan menyesal kerana pernah berpijak di bumi SK LALOH.
Berjumpa,bertemu,berbual,bermesra,dan bermain dengan adik-adik adalah kenangan yang paling indah bagi cikgu sepanjang hayat cikgu."Cerita tentang masa lalu,cerita tentang kau dan aku,kini tinggal hanya kenangan,kau ada,di dalam hatiku".Disini,cikgu doakan kejayaan dan kecemerlangan adik-adik.Jadilah insan yang disayangi setiap
makhluk Allah,sentiasalah berfikiran positif,tanamkan impian yang tinggi menggunung,dan kejarlah cita-cita dengan hati yang cekal.
Sekali lagi,selamat tinggal SK LALOH,selamat tinggal adik-adik cikgu buat kedua kalinya..."We had joy,we had fun,we had season in the sun"...

Thursday, November 19, 2009

Kongsi Cerita,Kongsi Ilmu..Kongsi KING KONG

Rahsia Dahi Dan Personaliti
"Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak 'test power!'" Tentu kamu cukup 'familiar' dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan 'dahi licin' dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah... cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol (CT Nurhaliza???)
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Tuesday, November 17, 2009

-------SK LALOH------










Sape tau sk laloh kat ne?? Erm?? Utk pengetahuan korang,sk laloh terletak di sebuah kampung yg digelar Kampong Laloh,di bandar Kuala Krai,tempat tumpah air mataku ketika kecil,huhuk...dan di Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Utk pengetahuan dan makluman korang,aku bukan pe nk ckap dan citer sal sekolah nie,tp aku tertarik dengan persekitaran dan budak2 serta cikgu2 sekolah nie.Korang tau aku buat pe kat sekolah nie....jd cikgu ganti tau...ganti jer lar..pandai x...ko tau utk sbjek pe??subjek BI bro...wlaupun aku dapat BI lvel 6,"C" jer..huhuk2..rezeki Allah katakan..ssiapapun berhak menerima walaupun x meminta mahupun meminta kerana Allah Maha Pemurah..tu lar korang,Allah Maha Pemurah,tp nape makhluknya pula yang bakhil..tahi hidung masin...opsss...tp aku x pernah test lar tahi hidung diaorang..wuuuerkkk...
Kat sini,aku mengajar dua kali da tau...1st skli slama 3 bulan...and 2nd,slama 3 mggu..nombor ganjil tau,Allah pun suka nombor ganjil.Betul x??Citer sal nombor 3 nie..aku teringat masa Hari Guru kat sini,1st time jd guru,1st diraikan sbg guru smsa Hari Guru..X disangka,hadiah yang aku dapat semasa Hari Guru pun 3 beg plastik besar..sebesar plastik sampah yang hitam yang paling besar.Tp,bila aku mmbaca,surat2 dan kad2 daripada anak murid aku,tertitis gak air mata aku krn aku dapat rasakan betapa sygnya dia org kat aku. Herm...aku pukul,aku tendang,aku cubit,aku rotan...langsung xde parut kat hati dia org...tp tntang or pukul pun,cm pukul semut pun x mati lau x kena. Huhuk2.
Budak2 katakan,ada gak seorang peljar nie,tahun empat bagi hadiah kat aku smpai tiga kali..3 pulak..mmang aku kat sekolah nie asyik dapat 3 jer...tp yang peliknya lak...yang nie llaki..semua yang rapat dgn aku kat sekolah nie lelaki jer..yang menangis paling bnyak bila aku nk tggalkan sekolah nie pun lelaki. Sampai ada yang demam krn menangis...aduh!!!aku pun terharu sngat2...Bukan pe,diaorg nie perlukan kasih syg,kasih syg yang biasa tp x biasa dilakukan,dan bila dilakukan,menjadi luar biasa.Dia org mgkin x pernah menerima belaian seperti pelukan,sentuhan kasih syg,dan juga rasa simpati yg luar biasa drpd insan yang sblum nie.Tp aku dah laksanakan.So,hasilnya luar biasa. Tp,skli lg aku nk tekankan,kebanyakkan yang rapat dgn aku adalah lelaki k..yang aku peluk dan bg sntuhan kasih syg pun lelaki. Klau prempuan,siap aku nnti. Difitnah,timbul skandal,kontroversi,dan xpun...masuk TV or surat khabar..xnak aku...jatuh maruah aku.
Aku rase kat sini dulu lar cerita aku sbg guru SK LALOH,nnti aku smbung k. Banyak lg citer nie,tp aku malas,malas nk menaip. Kalaulah komputer nie direka dgn luar biasa,dimana aku dapat luahkan ape yang aku nk katakan dengan lisan,tapi tertaip di komputer dengan huruf...ok lar..aku cau dulu.."Sayangilah org yang menyayangi kita,kasihanilah org yang mmbenci kita".Assalamualaikum...

Tuesday, July 14, 2009

"AKU PELIK"

Aku pelik dengan budak zaman sekarang.Mereka berkawan dgn binatang spt BERUK dan BABI.Mereka juga berkawan dgn ORANG GILA dan BENGUNG.Kalau kat Kelantan pulak,mereka berkawan dgn "budok gong"...
Aduh!!!!Kesian...."Wei bengong,acu wat mari pensil ko aku meta","Nate,mu gura bodo lar","Babi eh mu,xse tulong aku deh","gong lar budak nie,aku mintak air,xwat mari pun","babi lar ko","gampang,siut,sial kau","bengung lar".....Huh!!!Panas tangan dan mata apabila menaip that kind of sentences.Kalian tentu biasa dengar ayat-ayat yg seumpama ini kan?Mgkin juga kalian antara insan yg digelar binatang,bodoh,gila,dan macam-macam lg oleh kawan kalian sendiri.Tp,sepatutnya ayat-ayat yg tidak bertamadun seperti ini tidak disebut-sebut lagi kepada kekawan kita yg kita kasihi.Dan sekiranya ada kawan kita yg menyebut-nyebut perkataan tersebut,kita sepatutnya membantah mereka dan bagitau mereka yg kita bukan binatang,kita tidak gila,kita tidak bodoh dan kita masih ada maruah diri.
Tp,sayangnya,ada segelintir mereka yg masih tidak sayang akan dirinya,yang juga boleh dikategorikan sebagai insan yg tidak bermaruah,membiarkan saja kawannya menggelarkannya binatang,babi,bodoh dan seumpamanya.Apa yg mereka tahu hanya senyum dan terus bergurau.Mereka seumpama membiarkan diri mereka dianggap binatang.Astaghfirullahhalazim.....Kita makhluk Allah yang berakal...Kita manusia yg bermaruah.Pertahankan hak kita,pertahankanlah maruah kita,pertahankan jati diri kita..sayangilah diri kita!!! Bercakaplah benda-beanda yg elok dan sebut-sebutkanlah hal-hal yang baik-baik....May Allah Bless You!!!

Tuesday, July 7, 2009

MADU OR ARAK!!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat aku yg sedang berjuang dlm khidupan msing....

Ari nie,aku nk kgsi sdikit cerita tntang aku dan jugak pengalaman hidup aku. Sebenarnya aku pelik,kenapa manusia skrg dah buta??Mane prgi kbijaksaan mereka?Ke mana mghilang kewarasan mereka??

Perempuan,wanita,girl,female,ore tino,cewek,awek dan ape2 aje yg seerti dgnnya..bleh diumpamakan sbg accessories dlm hidup seorg insan yg bernama lelaki.Kat sini,aku just nk cakap tntang kita2 jer,maksud aku remaja lar.Sebelum,aku nk bawa kau org imagine satu kisah benar nie.Dulu,masa aku kat sekolah mnengah,aku knal lar seorg kkak nie,kwn kpd abg aku gak,pgang jwtan sbg exco trtinggi bdan pngawas.Dia pun boleh dikatakan tinggi gak r..huhuk2.yg tu sajer2 lar. Dgn kuasa Allah,lpas jer dia dpt result stpmnya,dia dpt smbung stdy kat sbuah universiti yg masyhur jgak lar kat malaysia dan boleh dikatakan sbuah unversiti peringkat Antarabangsa.Then,aku sndiri pun xsangka,yg aku akn mnjejakkan kaki k bumi UIAM nie.Gembira dan trharu gak dpt msuk sini.Satu hari tu kan,masa aku baru jer smpai dr klantan k stesen bas putra,KL...sbnarnya sdang tunggu abg aku ambik aku dr situ k cmpus aku lar..malas nk balik sndiri k campus.Lgpun,abg kan ada,klau xnak guna,maka x berguna lar dia..huhuk2...sorry2..lari tajuk...tiba,aku nmpak kkak td...WALAMAK!!!ngan balak kot...tp,mlangnya,trsrempak dgn aku,just buat do no..tp,aku tahu dia knal sape aku..huhuk2...then,lpas trserempak dgnnya buat kali prtama,sekali lg aku nmpak dia...org klantan kata"monggek ngan gewe"..huhuk2...mksudnya,dia naik moto lar,jd pmbonceng..huhuk2...motor EX or Honda 70 kalu x silap aku. Keje ape entah lar pakwe dia 2. Kakak 2 tarafnya budak U...mgkin krn CINTA...Cinta...Biarkan maruah tergadai,biarkan ibu bapa kecewa..Cinta,biarkan org kata apa...biarkan dia siapa...asalkan aku ada kasih syg..hahahahk2....

Sebelum aku habiskan coretan aku pd mlm nie.Aku nk ajak korang pikir dan imbas kembli ape yg korang dah saksikan sebelum nie. Aku sbnarnya pelik jgak,zman sekarang lelaki yg bukan taraf mahasiswa lbih laku drpada lelaki lpasan u,lelaki yg naik moto HONDA lebih laku drpd lelaki yg naik kereta HONDA,lelaki yg punyai maruah rendah lebih diingini drpd lelaki yg punyai maruah tinggi,lelaki yg boleh dikatan x HENSEM,lebih diperlukan drpd lelaki yg HeNSEM!!!tp,aku xhensem gak. huhuk!!!Tp,siapakah mereka yg selalunya mngingini lelaki2 seperti itu...hermmm...perempuan yg CANTIK,PUTIH kulitnya,MENAWAN matanya,CerDIK otaknya dlm akademik,tinggi MARUAH kelurganya..huhuk2...kesian dan mnyesal aku..x pikat dia org awl-awal..huhuk..gurau jer...

Aku yakin kenapa diorang nie,si lelaki-lelaki jalanan nie berjaya memikat PUTERI-PUTERI RAJA yg cantik tu..Ini kerana KATA-KATA mereka yg boleh dikatakan sebagai ARAK.Mampu membuatkan perempuan mabuk,terpinga-pinga,lupa jalan sebenar,lupa diri mereka dan lupa dunia mereka.Kenapa hal nie trjadi...ini kerana,mereka tidak perlu menghabiskan masa untuk menghafal formula fizik mahupun kimia,H2O,CO2 atau pape ajer yg berkaitan akademik,ape yg mereka prlukan ialah masa untuk mnyusun ayat-ayat manis mereka such as I LOVE U,I MISS U...dan sewaktu dengannya.Tp,sepatutnya,kata-kata indah yg disusun nie,mnjadi MADU kepada seorg prmpuan,tp kerana disalah guna,maka wajarlah ia digelar sebagai ARAK...

Marilah kita SAMA-SAMA renungkan agar fenomena ini bukan lg mnjadi perkara biasa.Ayuh jejaka macho,mainkan peranan anda..bukan untuk merosakkan pereampuan yg sedemikian,tp bntu mereka untuk berjlan pd lndasan yg betol....Xlama lg,takut jadi ISTERI kita lar...lpas kahwin,baru tau yg kita dah guna yg SECOND HAND punya...huhuk2..mnyesal x sudah lar..BAK KATA PEPATAH,SUDAH TERHANTUK,BARU TERGADAH!!!

Thursday, July 2, 2009

Library Tour Task...

Find at least ONE website (give the URL) that you find as cybersquatting site. Cannot be the same site as your friend :

  • http://jonsonbaby.com
Go to OPAC IIUM, find three books from Medicine, General and Technology. Get the call numbers and ISBN numbers :

  • TECHNOLOGY
    1)Information and information systems
    Isbn no: 0313274630
    Call no: Z699B924
    2)Information and information systems
    Isbn no:0313274630
    Call no: Z699B924
    3)Organizational structure and information technology
    Isbn no: 0134651626
    Call no: HD58.7H299
  • MEDICINE
    1)Malay poisons and charm cures
    Isbn no: 0195885759
    Call no: RA1197M3G491M
    2)Science and Medicine in Islam
    Isbn no: 0860782824
    Call no: Q127M628R8115
    3)Disease, medicine and society in England, 1550-1860
    Isbn no: 0333398653
    Call no: RA418.3G7P848
  • GENERAL
    1)The general principles of EEC law and the individual
    Isbn no: 0718513193
    Call no: d7 KJE947A768G
    2)General merchandise retailing
    Isbn no:0070563071
    Call no: HF5429W928
    3)Dependency and non-linear phonology
    Isbn no:0709908946
    Call no: P217.3D419
Explore Miss Azimah blog and tell me at least 3 things you like about her blog :

  1. Her blog is nice and systematically arrange.
  2. Her blog has "ShoutMix Chat" and make the visitor easier to chat with each other.
  3. "Semoga hijab menjadi pakaianmu. Semoga kesucian menjadi amalanmu. Semoga kesopanan menjadi perhiasanmu. Semoga Syurga menjadi tempatmu".I like this sentence that she published in her blog. So meaningful..And one more thing,she shared beautiful words to the student.
Name the URL for Centre For Foundation Studies:

  • iiu.edu.my/asasi
Go to CFS IIUM Library, find 15 books that categorized under Red spot collections :

1.Information and information systems (Buckland, Michael Keeble)
2.Elementary Statistics-Tenth Edition (Mario F.Triola)
3.Practical Skills in Biology (Rob Reed,Allan Jones,Jonathan Weyers)
4.The Sacred Garden (Ruzaimi Mat Rani)
5.Introduction to Islam (Prof.Yusuf Al-Qaradawy)
6.Physics-7th Edition (Cutnell& Johnson)
7.Biology (Solomon Berg Martin)
8.Fundamental of Anatomy and Physiology (Martini)
9.Beginning & Intermediate Algebra (Hall Mercer)
10.Cultivated Palms of the World (Don & Anthony Ellison)
11.Elements of visual design in the landscape (Simon Bell)
12.Islam at a glance ( S.D Islah)
13.Ninety nine Name of Allah(Mohd Iqbal Siddiqi)
14.Color Drawin (Michael E.Doyle)
15.Combustion Engineering (Borman Ragland)

Wednesday, July 1, 2009

Walamak!!!!

Kena buat assignment IL lar pulak!!!!

Wednesday, June 24, 2009

Mari Kita Tengok Siapa Kita

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah


MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!




ShoutMix chat widget

Saya budak BARU!!

Buah cempedak d luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau silap tolong tunjukkan.

My Life Without Gadget

Assalamualaikum...talking about gadget,our mind will be placed with "handphone","laptop","mp3",n "PS 3". fUH!!!,to talk about gadgets,there're many thing to share.
In my life,handphone is the most important gadget in my life as i'm far away with my family. I love my family so MUCH!!Every week,my mother will call me and at that time,I can talk with my beloved younger sister,that we called "ADIK NA".Take a few moment to think,if i've no gadget ecspecially handphone.Of course,i can't talk with my parent ang my beloved sister oftenly...huhuk2...Why must I explain so deeply because the truth is that gadget is very important in my life.But not all of the gadgets is important for me.

My life without gadget of course make me lost with the modenisation and globalisation.As i'm ICT student,it is important for me to know everything about technology and almost of the gadgets are from the technology equipments.Gadget also make my relation with my family and friends more close.

I think that's all from me.See you when I see u...Wassalam..