Saturday, December 26, 2009

SAHABAT!!!



Assalamualaikum...
Salam muhibah,salam untuk sahabat-sahabat seperjuangan.Kembali kita sekali lagi di ruangan yang penuh dengan coretan hati.Namun hari ini,masa ini,bulan ini,dan saat ini,saya ingin mengambil hati anda semua untuk meneroka tentang SAHABAT!!!Apa yang anda tahu tentang sahabat?Apakah sahabat hanyalah sekadar untuk berkawan?Adakah anda punyai teman sejati?
Tentu ramai yang idamkan persahabatan yang penuh bermakna dan kebahagian.Namun tak semua yang dapat kita kecapi,kerana apa yang kita impikan tidak semua akan termakbul kerana itu adalah milik Allah,yang mencipta segala-galanya.Namun,betapa indahnya jika bersahabat dengan penuh riang-ria,betapa indahnya persahabatan jika disemai dengan perasaan kasih sayang,betapa indahnya persahabatan jika kecerian menemani hidup-hidup kita.Malangnya,memang sudah menjadi hakikat dunia,manusia akan sanggup memutuskan tali persahabatan apabila dirinya dirasuk syaitan.Walaupun pernah bersahabat dengan seikhlas mungkin sebelum hatinya mula dibisik syaitan,namun persahabatan mula renggang apabila mereka mendapati sahabatnya itu mula mengecap kejayaan dan kecemerlangan.
Kekadang saya tertanya kepada diri saya sendiri,"adakah mereka tidak boleh melihat kegemilangan sahabatnya?","pernahkah mereka terfikir yang kejayaan yang diperoleh sahabatnya adalah juga kejayaan dirinya?".Kalaulah saya,saya amat bangga jika kawan yang saya sayangi mencapai kecemerlangan walaupun saya tidak lagi diberi peluang untuk kecapinya.Namun,saya akan berusaha untuk menyainginya dengan penuh dengan pemikiran positif dan terbuka.Tidakkah bodoh seseorang teman jika dia menikam dan menjatuhkan sahabatnya disaat temannya berjalan ke arah kegemilangan bersamanya?
Saya juga telah berjumpa dengan sebilangan insan yang bersahabat semata-mata untuk mengambil peluang terhadap sahabatnya.Ciri-ciri insan malang ini adalah;apabila sahabatnya dalam kesenangan,dia akan menghampirinya dengan tanpa ada halangan atau sebarang benteng;jika sahabatnya meminta sokongan atau dorongan untuk berjaya,pelbagai masalah dan alasan yang akan timbul;jika sahabatnya telah berjaya dan berada di hadapan,dia akan mula mendekati sahabatnya dengan cara bermuka-muka,menunjukkan reaksi positif didepan mata,tapi,busuk di dalam hati.Nasihat saya kepada insan-insan malang ini,persahabatan bukan mudah untuk dibina,tapi sememangnya mudah untuk dihancurkan.Hidup kita juga umpama roda,sekali kita di atas,sekali kita dibawah,jangan mengharapkan kesempurnaan akan sentiasa mengiringi kita,tapi,bersikaplah dengan positif.Sekali kita membenci seseorang,mungkin 10 kali lagi orang lain membenci diri kita,sekali kita menyanyangi seseorang,mungkin lebih 10 kali orang sekeliling kita akan menyanyangi kita.Jangan takut untuk berkorban demi sahabat.Jangan takut bila bersama sahabat-sahabat yang akan berjaya kerana nescaya hati mereka bersih,dan mereka sememangnya insan yang mulia yang dipilih Allah.Jangan terlalu bersikap negatif dalam bersahabat kerana ia adalah kanser yang amat merbahaya dalam setiap perhubungan.

Walaubagaimanapun,saya telah merasa persahabatan yang cukup erat,cukup mesra,cukup indah di saat usia saya 14 dan 15 tahun,iaitu semasa form 2 dan form 3. Disaat inilah saya rasa diri saya dihargai.Disini jugalah saya rasa yang saya bangun serta berjalan untuk berjaya bersama-sama sahabat saya.Tiada tikaman belakang,tiada usaha untuk menjatuhkan kecemerlangan mana-mana pihak.Apa yang lebih mencuit hati saya adalah bila saya tak berdaya untuk berjalan,mereka terus memberi dorongan dan semangat.Tidak ada sedikit pun perasaan benci dalam diri mereka.Wah!!!Indahnya persahabatan.Ingin saya berundur ke saat ini,namun sudah menjadi sunnatullah yang masa tak akan berundur.saya tetap perlu meneruskan masa-masa saya bersama karenah sahabat-sahabat baru.Tapi,kepada sahabat-sahabat saya semasa form2 dan form 3,saya tetap SAYANGKAN kalian dan setiap memori indah kita bersama,masih bermain di benak fikiran dan hati saya.Walau usia kita sudah meningkat,walau tempat kita lain-lain,walau kita punyai kawan baru,kita tetap KAWAN!!!Disini juga saya ingin meluahkan penghargaan saya kepada sahabat-sahabat baik saya;Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang telah dan masih menyanyangi diri ini...

2 comments:

  1. selama ini ku mencari2 teman yg sejati, buat menemani perjuangan suci... cayalah abg ictss

    ReplyDelete