Friday, January 29, 2010

Dari Pasif Kepada Aktif...

Aku rasa suka kiranya aku mengukir sedikit karangan lagi di blog aku nie sebelum aku kembali ke menara gading yang sedang merindui aku...

Salam 1 Malaysia,Salam satu Islam Semalaya.Sekali lagi aku muncul untuk menceritakan sesuatu tentang diri aku.Bukan apa,aku just dengar nasihat ayah aku,lebih baik kita tengok keburukkan kita,dan memperbetulkan diri kita dahulu sebelum kita memperbetulkan orang lain.Nanti,x pasal-pasal,insan yang selalu kita selalu bagi kritikan,lebih maju dan Berjaya daripada kita.So,tengok cermin selalu...
Kali nie,aku ingin bercerita tntang diri aku dari aku 1st time masuk ke sekolah Melayu hinggalah aku tingkatan tiga.Aku boleh dikatakan terkena kejutan budaya apabila aku,yang asalnya bersekolah rendah di,SRJK (C) Yuk Chai,iaitu sekolah Cina dimasukkan ke sekolah saluran semasa form 1 di SMK SULTAN YAHYA PETRA 1,iaitu sekolah melayu.Dari 6 tahun sehinggalah darjah enam,tidak pernah aku dikelompokkan dalam begitu ramai pelajar Melayu sebagaimana di SMK Sultan Yahya Petra 1(SYP1).Dulu,semasa di Yuk Chai,bahasa penghantar kami adalah bahasa Cina Mandarin,tp skrg,dah jadi bahasa Melayu.
Bermulalah pengembaraan aku k dunia baru,yang penuh dengan cabaran dan kenangan-kenangan indah dan pahit,yang banyak mengajar aku tentang kehidupan.Aku diletakkan dalam kelas 1C,iaitu kelas ketiga dalam lingkungan pelajar akademik biasa yang tidak mengambil bahasa Arab.Kenapa aku diletakkan dalam kelas 1C,sudah tentu lar jawapannya kerana aku nie bukannya pelajar pandai.Science pun dapat C semasa UPSR dulu.Dah nasib aku,exam semua lam bahasa Cina,kecuali bahasa melayu yang memang dah melayu.Tp,1C adalah langkah pertama aku,bukan bererti gagal,mahupun x cemerlang.Semasa lam kelas 1C nie,aku dilantik sebagai ketua kelas berdasarkan undian majority.Zaman sekarang,demokrasi dan suara rakyat penting,RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMANKAN.Kenapa aku boleh terpilih daripada 3 orang calon nie dengan penampilan x seberapa,muka x berapa hensem,pandai pun x sngat?Sudah tentu kerana aku nie Melayu,yang pandai berbahasa Cina.Sebab kelas kita orang ada Melayu,Cina,dan India.Siam pun mungkin ada.Berbilang bangsa lar katakan.Itulah kali pertama,aku melakar sejarah sebagai pemimpin manusia.Tapi memang benar kata cendikiawan,bukan mudah memanusiakan manusia.Namun,aku sahut cabaran tersebut sebagai “guru” kpd kehidupan aku akan datang.Semasa tingkatan satu juga,aku aktif dengan ko-kurikulum.Antaranya ,persatuan pencak silat dan bola sepak.Pasal bola sepak nie,aku dah umpama menjadi kaki bangku sekarang krn dah hampir beberapa tahun tidak bermain bola sepak.Tapi,biarkan aja...Daripada ko-kurikulum nie lar aku dapat mengasah bakat kepimpinan aku.Aku dapat berkawan dengan ramai pelajar,dari kelas teratas,hingga kelas terbawah,dari tingktan 6,hingga tingkatan satu.Pelbagai kerenah dan gaya.
Cakap pasal kepimpinan nie,teringat aku dengan KURSUS KEPEMIMPINAN PETRA yang selama 3 tahun berturut-turut,dari form1,hingga form3 aku ikuti.X pernah aku jumpa kursus yg semencabarnya,yang begitu padat dengan aktiviti,yang menguji kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.Tanpa semangat,tanpa jati diri yang kuat,seseorang mampu berundur dari kem ini.Bayangkan,selama 3 hari 2 malam,hanya diberi masa lebih kurang 3 jam sahaja utk lelapkan mata.Siangnya bermandikan lumpur dan merentas sungai yang separas dada.Paginya,disiramkan dengan air dari pili bomba walaupun kedinginan waktu pagi.LDKnya penuh dengan ragging dan denda.Telur sebagai amanah.Dan pengganti telur yang pecah pula,bata sebiji yang sempurna.Berat...Aku pun pecah gak telur tu,terpaksa memikul bata selama 2 hari.Tp xpe,pengalaman...dan pengalaman menjadikan manusia lebih sempurna.Sampai sekarang pun,apa yang aku lalui di kem kepimpinanan petra selama 3 tahun berturut-turut itu,masih segar di ingatan.
Dan aku yakin,kem inilah yang menjadikan aku pemimpin seperti sekarang,tidak mudah saru bila kekalutan,tidak mudah marah kalau ada kesilapan,tidak mudah putus asa,kalau terjatuh,dan tidak gentar untuk bercakap mahupun berdiri di depan khalayak ramai.

Aku rasa,cukup r setakat ini dulu bagi topic dari pasif kepada aktif nie.Namun,nie baru cerita aku d form 1,aku akan smbung nnti dengan cerita aku semasa form2 and form3,dimana semakin hari,semakin mencabar hidup aku.Ok.Wassalam...

1 comment:

  1. kadang2 akak rasa kem sebegitu menjadikan kita manusia yang lebih peka. sekarang ramai yang pentingkan diri sendiri, kurang kental pada cabaran.

    alhamdulillah kat naim dulu pernah alami kem yang lebih kurang sama. pengalaman sangat best. ingat lagi terpaksa berenang di lopak air di tengah hutan, dan bila dilihat disebelah, katak pun turut sama berenang. dan bila melalui sawah/denai hingga paras dada, terlihat kelibat ular yang menakutkan..

    dan bila kasut tertanggal dan hilang dalam lumpur yang dipenuhi tahi2 kerbau, hurm.. rasa geli hati bila melihatkan semua itu. malam gelap di atas satu pulau yang menyeramkan..

    thanks SMK A Naim Lilbanat for the beautiful memory and thx faris for bringing up the experience! ^__^

    ReplyDelete