Sunday, February 14, 2010

Dulu Baju Putih,Kini Baju Biru

Assalamualaikum dan selamat Tahun Baru Cina,Gong Xi Fa Chai.Bersua kita sekali lagi di ruangan yg penuh dgn perkongsian ilmu dan luahan hati.Kali ini,di bawah topik,”Dulu Baju Putih,Kini Baju Biru”,ialah suatu sambungan cerita tentang diri aku semasa kat SMK Sultan Yahya Petra (1).
Kini,aku telah melangkah ke dunia yang semakin dewasa,semakin banyak cabaran,dan semakin ramai kawan.Dulu,seperti yang aku ceritakan sebelum ini,aku dari kelas 1C.Dengan berkat dan usaha aku,dapat jugak aku melangkah naik ke satu kelas iaitu kelas 2B.Semua situasi ini,aku umpama tidak menyangka akan menjadi suatu realiti.Hanya berbekal 1 atau 2A,dengan tempat k-7 di dlm kelas semasa di form 1,akhirnya,aku layak dikelaskan dalam golongan-golongan pelajar yang semakin pintar.Semakin bertambah cabaran hidup aku.Dan semakin mencabarnya hidup aku,bila kali kedua aku dipilih sebagai ketua kelas.Ini pun kerana aku boleh bertutur dlm 2 bahasa.Aku dah x pasti,adakah pemilihan ketua kelas ini dipilih secara undian atau hanya teacher Suhana aku menggunakan kuasa vetonya utk melantik aku.
Namun,apa yang paling menggembirakan aku lagi,usaha aku dan permintaan aku utk mnjadi seorang pengawas akhirnya berjaya.Agak pelik gak ketika itu,bila naik form2 baru dilantik sbg pengawas,normalnya,pengawas dipilih semasa f1.Aku ingin membawa korang ke satu situasi ni.Aku pernah bertanya kpd beberapa org kawan aku,yang masih belum menjadi pengawas,”kenapa x jadi pengawas?”,jawapanya,”sibuk”,”x cukup masa nak stdy”,”susah”...huh!..bagi aku,semua yang kita lakukan adalah dengan kehendak kita.Masa kita yang aturkan.Kalau lah pandai kita membahagikan masa,maka berjayalah kita.Namun,jika sebaliknya,maka hasilnya pun sebaliknya.Aku rasa,kebanyakkan pemimpin Negara juga asalnya seorang pemimpin pelajar di peringkat sekolah.Kenapalah manusia suka sangat pandang hanya pada mata kasar,tanpa membuka mata hati.
Sambung balik cerita aku tadi,kerana kedudukan dan jawatan aku sebagai pengawas dan juga ketua,aku cuba menggugurkan satu jawatan aku iaitu ketua kelas.Aku berjumpa dengan guru kelas aku,memaklumkan bahawa aku sekarang dah memegang dua jawatan yang agak berat tanggungjawabnya,ketua kelas,dan juga pengawas sekolah.Aku bagitau beliau yang situasi ini cukup tidak elok utk aku dan pandangan orang sekeliling,tentu org akan anggap aku gila kuasa sedangkan dia org tidak tahu hakikat dan cerita sebenar.Hanya bercakap melalui mulut tanpa melintasi akal yang waras.Namun,usaha aku utk menggugurkan jawatan aku sebagai ketua kelas gagal.Guru kelas aku masih yakin dengan aku,dan dia percaya yang aku mampu lakukan dan mampu memikul tanggungjawab sebesar tersebut.Aku tidak tahu lagi nak berkata apa,hanya mengikut kata-kata cikgu aku.Dan aku jadikan segalnya sebagai satu cabaran walaupun situasi aku sbg ketua kelas dan pengawas sekolah agak ganjil dan amat jarang berlaku.
Seterusnya,akademik aku,selaku orang paling busy di dalam kelas mahupun tingkatan.Pada mulanya,result aku agak tidak memuaskan apabila aku mendapat tempat k 20++ drpd 40 org pelajar lau x silap aku.Namun,semangat aku masih belum patah.Aku membakar semangat aku sendiri dengan dibantu juga sahabat yang juga pesaing aku,Faris Yaakob namanya.Dan akhirnya,pada peperiksaan pertengahan tahun,aku mendapat tempat ke-2 di dalam kelas,dan faris td,tempat pertama.Huh!!cukup membanggakan diri sendiri apabila aku berjaya melangkah jauh meninggalkan kedudukan aku yang pada mulanya tempat k 20++..dan akhirnya,kedudukan aku di dalam kelas kekal no 2 dan faris no 1 semasa pepriksaan akhir tahun. Bagi aku,pencapaian ini cukup untuk langkahan ini dan utk membuktikan tanggungjawab yang aku pegang terutama apabila dari baju putih bertukar ke baju biru, tidak menghalang aku utk juga berjaya di dalam akademik.
Tahun ini juga,sekali lagi aku ke kursus kepemimpinan pelajar petra.Aku rasa,x usah aku menghuraikan dan menceritakan dengan lebih panjang peristiwa-peristiwa di sebalik kursus ini kerana ia memang tetap mencabar dan bermkna utk hidup aku.
Aku rasa,cukuplah sekadar ini dulu pengkisahan hidup aku semasa di tingkatan 2.Pesanan aku kepada adik-adik yang masih bersekolah,jgn sia-siakan hidup kita dengan perkara yang tidak berfaedah,berikan makna terhadap hidup kita dengan berusaha utk menjadi insan yang paling sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat.Seorang insan yang cemerlang,tidak cukup hanya berjaya di dalam akademik,tapi juga dalam kehidupan sosialnya,dan juga ibadatnya.Jgn takut untuk berubah,tapi takutlah bila ditindas.wassalam...

No comments:

Post a Comment