Thursday, January 28, 2010

Aku Pengutip Sampah

Salam kasih sayang,salam pertemuan yang indah.Lama sudah rasanya tidak mencoret di ruangan ini setelah sekian lama berjuang dlm medan peperangan mid term.Apa khabar pembaca-pembaca sekalian,diharap sentiasa ceria dan bahagia.Kalau rasa stress,kembalilah kepada Allah...
Pada ruangan kali ini,suka kiranya saya mengajak saudara saudari mengimbas kembali kenangan manis saya bersama sahabat baik saya iaitu,TAN...Pada lingkungan umur 15 tahun,iaitu tingkatan 3 dan juga setelah menduduki peperiksaan PMR,kami telah bekerja sambilan di sebuah kilang plastik,di jalan sedek.Namun tempat kilang plastik itu skrg sudahpun dinaik taraf menjadi pusat FUTSAL.Pelbagai kenangan dan pengajaran yang sy perolehi selama hampir sebulan bekerja di kilang tersebut.1st time menjadi kuli orang,dan 1st time kerja bergaji serta mengikut undang2 buruh.Walaupun umur masih lagi dikatakan tidak cukup matang,namun usia tidak menghalang kami utk bekerja keras serta bersungguh-sungguh.
Tapi,tau x apa yang perlu kami lakukan setiap hari??MENGUTIP DAN MEMILIH PLASTIK daripada timbunan SAMPAH SARAP.Boleh juga dikategorikan sebagai PENGUTIP SAMPAH PROFESIONAL krn kami bekerja di kilang,bukan di tepian jalanan.Kami sendiri pun tidak menyangka yang kami mampu melakukan tugas yang sedemikian selama bekerja di tempat tersebut,setiap hari,dari pukul 8 pagi hingga 5 petang,bermain dengan sampah dan plastik terbuang.Kalau diikutkan, saya,seorang yang sentiasa ber’tie’ di sekolah,sebagai seorang pengawas sekolah,dan Tan pula,selaku ketua kelas bagi kelas paling cemerlang di sekolah kami,tidak sepatutnya berada di tempat tersebut.Namun,kami dahagakan pengalaman,ilmu dan tidak ingin masa terbuang begitu sahaja,menyahut cabaran sebagai PENGUTIP SAMPAH.
Kami ditugaskan utk memilih dan mengkategorikan jenis-jenis plastik untuk dikisarkan dan menjadi serpihan,dan serpihan tersebut akan dibawa ke kilang untuk dikitar semula.Antara jenis plastik yang masih saya ingat lagi ialah jenis PP,PT dan satu lagi...erm...nnti saya tanya Tan...macam mana kami boleh mengenal pasti perbezaan jenis plastik berkenaan?Jawapan,”ketukan”.Bak kata pepatah melayu,”sekilas ikan di air,dah tahu jantan betina”,cam kami gak,”sekali plastik diketuk,dah tahu PP k PT”.Hahak2...
Namun,bagi insan-insan yang tak tahan dengan keadaan disana,mungkin tak lama bertahan.Tapi bagi kami,air-air bertakung,yang juga merupakan air daripada sampah sarap berkenaan,dah biasa bagi kami.Bak kata orang dahulu,”alah bisa,tegar biasa”.Cuba bayangkan,air yang hitam,betakung lak tu,entah dari mana datangnya.Dari najiskah?ada ulatkah?kotorkah?Semuanya bagi kami,perkara biasa dlm menempuh cabaran sebagai seorang pekerja kilang plastik.Tiada yang mustahil dalam hidup ini sekiranya kita percaya kepada diri kita.
Dan hari ini,bila saya kenang kembali apa yang sudah saya lakukan semasa berumur 15 tahun,saya rasa sungguh bersyukur,kerana Allah telah memberikan sy peluang yang amat sukar diperolehi oleh insan-insan yang lain.Apa yang saya lakukan dahulu,bukan semua mampu lakukan.Rasa istimewa pula diri ini,bukan kerana riak,tapi kerana berfikiran positif.Itulah sebabnya tajuk kali ini “AKU PENGUTIP SAMPAH”.Jgn anggap bekerja di tempat sampah adalah sampah masyarakat k. JUMPA LAGI...

3 comments: